Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

BHPetrol Meraikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha

Seramai 85 orang anak-anak yatim dari Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha di Batu Caves, Kuala Lumpur telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang telah diadakan oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol). Majlis ini turut disertai oleh para pengusaha stesen minyak BHPetrol Wilayah Tengah Kuala Lumpur serta Jabatan Peruncitan BHPetrol. Pengurus Besar BHPetrol, Bahagian Pembekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam, Ir Azizul Azily Ahmad yang hadir pada majlis tersebut turut menyampaikan sumbangan berupa duit raya serta cenderahati kepada anak-anak yatim tersebut.

Majlis ini merupakan inisiatif dari para pengusaha stesen minyak BHPetrol di Wilayah Tengah yang diketuai oleh Kol (B) Masuaod bin Shu, Presiden Persatuan Dealer BHPetrol dengan kerjasama dari pihak BHPetrol.Kegembiraan yang dikongsikan ini bukan sahaja membantu mereka yang kurang bernasib baik malah memberi lebih makna kepada mereka bagi menghadapi Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Majlis ini juga sekaligus dapat mengukuhkan lagi jenama BHPetrol dalam menjalankan program-program sosial yang melibatkan para pelanggan serta warga setempat berketepatan dengan program “Team Ownership Programme”.