Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

Dragtimes2u Round 1

Jitra International Drag Jamboree 2016

Dragtimes2u Round 1 di Bandar Darul Aman, Jitra Kedah. Program kerjasama antara ILP Jitra, JTM dan juga Dragtimes Malaysia dengan sokongan Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah YB Dato Aminuddin, IPD Kubang Pasu, Majlis Daerah Kubang Pasu, Pejabat Daerah, Persatuan Penduduk Bandar Darul Aman, JKR, UEM, Sada, Rela dengan sokongan Works Engineering, Liqui Moly, Gaido, Dragstar, PRS, MOB, Ultra Racing dan Runner.

AIE_5498

Program ini telah disusun atur selama 2 bulan oleh pihak ILP Jitra dan juga Dragtimes Malaysia. Pertemuan pertama diadakan oleh pihak ILP Jitra dan Dragtimes di Jitra bagi membincangkan cadangan program ini susulan dari kejayaan program tahun lepas pada bulan May di lokasi yang sama. Hasil perbincangan ini dipanjatkan kepada YB Aminuddin selaku Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. Seterusnya satu mesyuarat pelarasan diadakan utk perbincangan lanjut terus mendapat kelulusan dari pihak pihak berkenaan utk penganjuran program drag race ini.

Untuk pusingan pertama ini melibatkan peserta kereta dan motorsikal yang diadakan selama 3 hari. Cuaca yang baik dan kerjasama semua peminat sukan drag membantu melancarkan program ini. seramai 250 peserta berdaftar dicatatkan semasa program dijalankan dan kira kira 10 ribu penonton yang hadir menjayakan program kali ini.

AIE_6464

Bagi pihal ILP Jitra dan Dragtimes, ucapan Terima Kasih kepada semua peserta dan juga semua peminat sukan drag yang hadir ke Bandar Darul Aman Jitra bagi menjayakan Jitra Drag Jamboree 2016.

Teks : -BaeHusairi-

Foto : Aie Mins@Perotography

BEST TIMING DRAG BIKE BEST TIMING DRAG CAR Podium Finish R1 2016. A Podium Finish R1 2016. B Podium Finish R1 2016. C