Like this spot?Advertise with us now! Call +6017-3811899

Honda Jazz Petrol & Jazz Hybrid Sport i-DCD dibuka untuk tempahan!

 

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Jazz Baharu kini dibuka untuk tempahan di semua 90 pengedar Honda di seluruh negara. Jazz baharu, Petrol dan Hybrid Sport ini dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku ke-2  2017 dengan varian Hybrid Sport  sedia untuk dihantar kepada para pelanggan bermula suku ke-3 2017.

Honda Malaysia mencapai kejayaan pada tahun 2004 sebagai syarikat perintis automotif untuk memperkenalkan teknologi Hybrid kepada rakyat Malaysia sekaligus yang pertama di Malaysia dan negara ke-3 selepas Jepun dan Amerika Syarikat untuk mengeluarkan kenderaan hibrid dalam negara pada tahun 2012. Bagi membangkitkan lagi pasaran automotif dengan teknologi canggih, Honda telah memenuhi permintaan pasaran dengan menampilkan Jazz Hybrid serba baharu yang akan dilengkapi dengan sistem Hybrid Sport. Perkara ini seterusnya telah   menjadikan Honda Malaysia satu-satunya negara di luar Jepun untuk memperkenalkan sistem hibrid Dual-Clutch Drive (i-DCD).

Jazz Hybrid baharu ini dilengkapi dengan enjin baru 1.5L DOHC i-VTEC  7-Kelajuan ‘​Dual Clutch Transmission’ dibantu High Power Motor untuk prestasi pecutan lebih baik semasa sesi pemanduan. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah sekitar 137PS. Selain itu Jazz Hybrid baharu ini turut boleh menghasilkan Electric Vehicle (EV) yang turut dapat membantu dalam kecekapan penggunaan bahan api.

Intelligent Power Unit (IPU) pada Jazz Hybrid baharu ini diperbuat daripada bateri ion Lithium yang berkapasiti lebih tinggi bagi prestasi lebih baik. Berbanding dengan sistem sebelumnya iaitu Integrated Motor Assist (IMA), sistem baharu ini mampu memberikan kuasa 2 kali ganda dan 1.5 kali kapasiti tenaga pada masa yang lebih singkat. Kapasiti IPU untuk menahan kuasa dalam tempoh yang lebih lama membolehkan mod EV digunakan lebih berpanjangan.

Jazz Petrol baharu pula dikuasakan oleh nadi  1.5L i-VTEC  serta transmisi boleh laras berterusan (CVT) dibangunkan di bawah Honda Earth Dreams Technology. Jentera ini ditampilkan dengan pelbagai rekaan dan ciri baru yang lebih menarik dan moden bagi keselesaan penggunanya. Anda semua boleh mengunjungi mana-mana 90 pengedar Honda seluruh negara untuk membuat tempahan atau untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai kedua-dua model baharu ini. Anda juga boleh hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.