Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

Ingress Auto Puchong Bersedia Memberi Pengalaman Hebat Kepada Anda

 

Dengan pelbagai model keluaran jenama terkenal yang semakin rancak dengan jentera-jentera hibrid, tidak ketinggalan juga bagi BMW yang semakin ke hadapan dengan beberapa model hibrid hebat mereka. Disebabkan model-model hebat inilah yang membuatkan jualan kenderaan BMW melalui wakil pengedar di Ingress Auto Puchong dan Damansara meningkat dengan begitu hebat sekali. Kedua-dua cawangan ini merupakan anak syarikat kepada Ingress Corporation Bhd yang turut menjadi menjadi pengedar sah bagi MINI. Kedua-duanya juga merupakan merupakan hentian 4S iaitu jualan, servis, alat ganti dan baik pulih badan kenderaan.

Mengikut perkiraan jualan sepanjang tahun 2017, sebanyak 1,505 buah jenama BMW pelbagai model telah berjaya terjual dan impak yang lebih besar apabila kenderaan jenis hibrid ini turut diperkenalkan kepada para pengguna yang sentiasa dahagakan teknologi lebih baharu dan canggih daripada BMW.

Semasa pelancaran model baharu BMW 530e Sport di Ingress Auto cawangan Puchong, Ketua Jualan Zaidi Hazral menyatakan bahawa, mereka telah berjaya merekodkan jumlah jualan sebanyak 311 buah unit kenderaan termasuklah 128 unit daripadanya adalah model hibrid iaitu BMW 330e sebanyak 58 unit manakala BMW X5 Hybrid 70 unit. Beliau juga menyatakan bahawa, pelanggan yang datang ke pusat jualan mereka bukan sahaja mengidamkan kenderaan yang menarik, hebat ataupun mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri, tetapi dengan harga yang ditawarkan juga mampu membuat mereka tertarik untuk memiliki model tersebut.

Sasaran jualan bagi tahun 2018 ini sedikit meningkat berbanding tahun yang lepas lebih-lebih lagi dengan kehadiran model terbaharu BMW 530e Sport lengkap dengan teknologi eDrive yang baru sahaja diperkenalkan.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan jualan keseluruhan akan meningkat kepada 320 unit pada tahun ini disumbangkan oleh jualan model terbaru BMW 530e Sport yang pertama kali dilengkapi ciri hibrid dengan teknologi eDrive.

Ingress Auto Puchong turut menarik para pelanggan mereka dengan mengadakan acara pengenalan model baharu ini dengan menyediakan penerangan secara terperinci serta peluang memandu uji model tersebut di kedua-dua cawangan mereka. Untuk hari pertama, lebih kurang 200 orang pelanggan dan pengunjung telah hadir dan dijangka akan terus meningkat sehingga hari terakhir, ahad ini.

 

BMW 530e Sport didatangkan dengan nadi B48 petrol berkapasiti 2.0 liter turbo 4 silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 184hp (5,000-6,500 rpm) dan daya kilas 290Nm (1,350-4,250 rpm). Nadi tersebut juga dipadankan dengan motor elektrik yang mampu meningkatkan kuasa kepada 252 hp dan tork sehingga 420 Nm.

BMW 530e Sport menawarkan 5 warna pilihan bagi para pengguna iaitu Bluestone Metallic, Mediterranean Blue, Alpine WhiteGlacier Silver dan Black Sapphire manakala ruang dalaman dengan 2 pilihan warna black dan cognac.

BMW 530e Sport ini ditawarkan dengan harga RM343,800 atas jalan tanpa insurans. Turut datang bersama waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan dan juga servis percuma 5 tahun dan juga warnati 2 tahun untuk tayar.

Ketika ini model BMW 530e ini ditawarkan dengan lima pilihan warna luaran iaitu Bluestone Metallic, Mediterranean Blue, Alpine WhiteGlacier Silver dan Black Sapphire. Warna ruang dalaman pula ialah black dan cognac.

Untuk perancangan akan datang, pihak Ingress Auto sedang mencarai kawasan baharu yang luas bagi membuka pusat baik pulih kenderaan akibat kemalangan demi menampung permintaan daripada ramai pelanggan mereka di luar sana. Bagi yang mempunyai kelapangan, kunjungi mana-mana cawangan Ingress Auto Damasara atau Puchong bagi mendapat pelbagai tawaran menarik dari mereka.