Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

Laman web ini menawarkan 10 kali ganda pulangan wang jika barangan yang anda beli tidak asli!

Dalam zaman yang serba moden ini, semua orang mementingkan kepantasan dalam setiap kerja mereka. Namun, demi mengejar kepantasan, mereka juga tidak boleh mengabaikan kualiti dan harga yang ditawarkan kepada mereka. Terlalu banyak pihak yang suka mengambil peluang dengan menggunakan kemodenan yang ada pada hari ini demi mengaut keuntungan tanpa memikir pengguna yang ada di luar sana. Maka, yang akan menanggung kerugian dan kecewa adalah kita sebagai pengguna.

Untuk membeli alat ganti pula, kebanyakkan orang di negara kita agak peka dengan setiap barangan atau alat ganti yang hendak mereka gunakan terhadap kenderaan mereka. Namun, mereka perlu pergi ke kedai-kedai untuk bertanya tentang kos yang bakal mereka laburkan. Setiap bengkel atau kedai alat ganti yang mereka pergi pasti akan mengesyorkan bermacam-macam jenama dengan harga berbeza mengikut kemampuan anda dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan di atas kesusahan kita. Kini, anda tidak perlu khuatir tentang masalah yang disebutkan. Laman web sp2u.my bakal membantu untuk menyelesaikan segala keraguan anda. Sp2u.my merupakan sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan pembelian dalam talian segala alat ganti ataupun barangan untuk kereta anda.

Mengapa anda perlu membeli dengan mereka?

Pelbagai alat ganti serta barangan OEM asli untuk pelbagai model kenderaan seperti Honda, Lexus, Perodua, Toyota, BMW, Hyundai, KIA, Mazda, Mercedes, Nissan, Proton dan Volkswagen. Boleh dikatakan semua barangan yang anda perlukan ada dalam senarai mereka. Untuk memastikan semua pelanggan berpuas hati, kesemua barangan dan alat ganti yang dijual hanyalah yang asli dan OEM sahaja.

Apa lagi perkhidmatan yang disediakan untuk anda?

Istimewanya juga, jika alat ganti atau peralatan OEM tersebut tiada dalam senarai, mereka juga boleh membantu anda mendapatkannya. Tanpa caj tambahan!

Jaminan dari SP2U

Anda tidak perlu risau, setiap pembelian yang anda lakukan adalah selamat dan boleh dipercayai. Jika terdapat masalah pada barangan yang anda beli dari mereka, jaminan pulangan dalam tempoh 14 hari juga disediakan kepada anda. Jaminan pulangan wang 10 kali ganda kepada anda turut diberikan jika barangan yang anda beli dari mereka adalah tidak asli.

Sistem pembayaran online yang selamat

Laman web ini selamat untuk dikunjungi kerana ia dilindungi di bawah PCI DSS dan juga SSL Secured. Semua transaksi dan informasi persendirian yang diberikan adalah dirahsiakan serta tidak akan dikongsikan kepada mana-mana pihak ke-3.

Laman ‘e-commerce’ yang sangat lengkap dengan pelbagai alat ganti

Sp2u merupakan sebuah laman web yang mempunyai pelbagai pilihan peralatan/alat ganti kenderaan terbanyak di Malaysia. Bermula dari sebatang skru sehinggalah keseluruhan badan kenderaan, pasti anda boleh dapatkannya di sini. Seperti yang disebutkan di atas, kesemua peralatan/alat ganti tersebut semestinya tulen dan berkualiti OEM

Penghantaran mengikut jadual dan dipercayai.

Untuk penghantaran, sp2u menggunakan perkhidmatan kurier dari GD Express.Tempoh yang diambil biasanya mengambil masa 3 hari (semenanjung Malaysia) hingga 5 hari (Sabah dan Sarawak). Walau bagaimanapun, jika tempoh penghantaran jatuh pada hujung minggu dan cuti umum, penghantaran boleh mengambil masa lebih lama. Pelanggan juga boleh mengesan perjalanan barangan mereka melalui sistem ‘Track & Trace’ yang turut disediakan. Kos penghantaran pula akan dikira mengikut berat.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang mereka sp2u.my. Sayangi kenderaan anda dengan alat ganti yang asli. Kunjungi sp2u.my hari ini. Jadilah pengguna yang bijak!