Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

Proton Persona Generasi Ke-2

Proton Holdings Berhad dengan bangganya telah melancarkan generasi kedua Proton Persona yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Proton Persona terbaharu ini didatangkan dengan enjin VVT bersesaran 1.6L beserta rekabentuk yang menarik disetiap sudutnya. Ia juga turut dilengkapi dengan ruang bagasi berkeluasan 510 liter tanpa menjejaskan ruangan kabin penumpang.

Persona baharu ini juga telah mendapat pengiktirafan 5 bintang ASEAN NCAP kepada semua variannya. Antara ciri keselamatan yang terdapat pada Persona baharu ini adalah seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) bersama Sistem Kawalan Tarikan, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Kawalan Cerun, ISOFIX serta 6 sistem beg udara bagi varian premium bagi memastikan tahap keselamatan untuk pemandu dan juga penumpang lebih dipertingkatkan.

Steering

Selain daripada itu juga, terdapat banyak ciri tambahan lain turut disertakan antaranya 2 pengecas USB di bahagian belakang, 7 ruang meletak cawan , tempat duduk belakang yang boleh diubah serta tempat duduk pemandu yang boleh diubah ketinggiaannya.

Proton Persona baharu ini juga telah melalui evousi penambahbaikkan dari segi teknologi yang lebih terkini, reka bentuk dan pembuatan yang lebih baik dari segi pemanduan dan pengendalian oleh pihak PROTON sendiri serta pengurangan getaran bunyi.

Proton Persona baharu ini didatangkan dengan 3 varian iaitu Standard (automatik dan juga manual), Executive dan Premium (dengan atau tanpa kit badan). Berikut adalah harga yang telah ditetapkan oleh Proton :

Standard (MT) : RM46,800

Standard (CVT) : RM49,800

Executive (CVT) : RM55,800

Premium (CVT) : RM59,800

PersonaRedThirQuaterFrontLeftKV_05_LightOFF

Para pelanggan Proton Persona baharu ini juga akan menikmati perkhidmatan percuma selama 3 tahun (termasuk alat ganti dan juga kos pekerja) iaitu tawaran pengenalan bagi setiap tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016 bersempena promosi bulan Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Proton Persona terbaharu ini, kunjungi bilik pameran Proton yang terdekat dan pandu ujinya sendiri. Anda juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1800 888 398 atau emel ke customercare@proton.com. Disamping itu juga, anda boleh melayari www.proton.com atau layari laman Facebook rasmi Proton di www.facebook.com/ProtonCars Official.