Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

Swifter Day Out Malaysia 2017

 

Atas sokongan kuat beberapa pihak, Swifter Day Out Malaysia 2017 telah berjaya diadakan di Genting Highlands baru-baru ini. Acara tersebut telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 200 buah jentera Suzuki Swift baik yang lama mahupun yang baharu untuk sama-sama berhimpun dalam mengeratkan hubungan sesama mereka.

Para pemilik Suzuki Swift yang hadir pada kali ini datangnya dari seluruh Semenanjung Malaysia dari Johor hinggalah Perlis. Akan tetapi, beberapa rakan dari negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan tidak dapat bersama-sama dengan mereka semua akibat keadaan banjir di negeri mereka yang tidak dapat dielakkan.

Kelihatan juga, acara pada kali ini turut disertai oleh beberapa rakan yang datangnya dari Singapura bersama-sama jentera Suzuki Swift masing-masing.

Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh pihak penganjur walaupun keadaan cuaca di Genting Highlands pada masa itu amatlah sejuk, berangin serta hujan renyai. Tahniah kepada penganjur kerana telah berjaya memastikan acara ini meriah dan hebat seperti yang dirancangkan.