Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

YOKOHAMA UMUMKAN KEMPEN ‘DRIVE FOR MORE’ YANG DIKETUAI OLEH LEGENDA CHELSEA DIDIER DROGBA

04/09/2018: Sebagai sebahagian Kerjasama Rasmi Yokohama dan Chelsea FC, Johan Liga Perdana sebanyak lima kali, sedang giat mengaktifkan kempen jualan global baharu, dengan menggunakan posisi kreatif ‘Drive For More’.

Kempen tersebut akan diadakan merentasi lima pasaran luar negara penting syarikat pengeluar tayar dari Jepun – India, Malaysia, Vietnam, Perancis dan Iberia – untuk membantu jualan rakan kongsi yang baharu dan sedia ada serta menghubungkan para peminat antarabangsa kelab tersebut. Kempen ini akan dilaksanakan secara global oleh Pitch Marketing Group.
Legenda Chelsea FC dan ikon bola sepak global, Didier Drogba, telah diumumkan sebagai wajah kempen untuk Yokohama dan akan menyertai satu siri acara B2B VIP di setiap daerah, dimana para pelanggan serta peminatnya berpeluang untuk bertemu dengan superstar global tersebut.

Kempen ini juga akan disampaikan melalui satu siri inisiatif jualan B2C, termasuk bahan pemasaran dan ganjaran yang premium berorientasikan kelab tersebut. Aset ini akan disediakan sebagai insentif jualan kepada pengedar tayar di setiap pasaran setempat.

Drogba, sebagai pemain bola sepak profesional, merupakan contoh terbaik ‘Drive For More’. Beliau mula menyertai Chelsea FC pada bulan Ogos 2004 dengan rekod perpindahan untuk kelab pada ketika itu. Sumbangan besar beliau ketika bersama Chelsea FC termasuklah empat kejohanan Liga Perdana, penalti muktamad dalam Peringkat Akhir Kejohanan UEFA 2012 dan memperolehi kedudukan sebagai penjaring gol Chelsea keempat tertinggi.

Didier Drogba, duta Yokohama, berkata: ‘Chelsea merupakan sebahagian penting dalam kehidupan dan kerjaya saya, dan saya berasa bangga dengan kepopularan berterusan kelab itu di seluruh dunia. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Chelsea FC dan Yokohama dalam kempen ini, dan bertemu dengan komuniti Yokohama dan peminat kelab tersebut di setiap rantau ini.’

Chris Townsend OBE, Pengarah Komersial di Chelsea FC, berkata: ‘Sejak menjadi rakan kongsi kejohanan Chelsea pada tahun 2015, perhubungan antara Yokohama dan kelab terus berkembang kukuh. Kami gembira dapat bekerjasama dalam kempen ‘Drive For More’ antarabangsa ini, dan membolehkan Yokohama untuk menjadi jenama global yang unggul dengan fokus untuk menjanakan peningkatan yang ketara dalam jualan di seluruh dunia.”.

Takaharu Fushimi, Pengarah Urusan dan Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran Luar Negara Tayar di Yokohama Rubber Co. Ltd, berkata: “Sukacita ingin kami umumkan Didier Drogba sebagai duta global untuk kempen ini telah memberikan status legendanya di Chelsea FC dan daya tarikan global sebenarnya. Kempen ini benar-benar menyerlahkan betapa kedua-dua Yokohama dan Chelsea FC telah bekerjasama dengan berkesan untuk melaksanakan pengaktifan fokus jualan dalam pasaran luar negara penting kami.”

Perihal Kelab Bola Sepak Chelsea

Kelab Bola Sepak Chelsea adalah antara kelab bola sepak paling popular di dunia, yang telah memenangi Liga Kejohanan UEFA pada tahun 2012, dan seterusnya menjulang Piala Liga Europa UEFA pada tahun 2013.

Ditubuhkan pada tahun 1905, Chelsea adalah kelab bola sepak terunggul di London, yang berpangkalan di stadium ikonik Stamford Bridge dengan kapasiti penonton 41,000. Dengan nama gelaran ‘The Blues’, kelab itu telah memenangi lima kejohanan Liga Perdana dan turut menjulang Piala FA sebanyak lapan kali, Piala Liga Bola Sepak sebanyak lima kali, Piala Pemenang Piala UEFA dua kali, Piala Super UEFA dan Kejohanan Liga Bola Sepak sekali, pada tahun 1955.

Kemenangan Liga Europa menyaksikan Chelsea menjadi kelab Inggeris pertama untuk memenangi ketiga-tiga perlawanan UEFA penting, dan merupakan kelab pertama memegang Liga Kejuaraan dan Liga Europa pada masa yang sama.

Selain memiliki beberapa pemain yang paling dikenali di dunia, Chelsea juga turut melabur dalam menubuhkan Akademi dan pusat latihan yang canggih di Cobham, Surrey. Sejak pembukaannya pada tahun 2007, kelab itu telah memenangi tujuh Kejohanan Belia FA, diikuti dengan juara Liga Belia UEFA berturut-turut pada tahun 2015 dan 2016, dan Kejohanan Negara Liga Perdana U18 pada tahun 2017 dan 2018. Pasukan Wanita Chelsea juga telah memenangi Liga Super Wanita FA dan Juara Wanita FA sebanyak dua kali pada tahun 2015 dan 2018.