Like this spot?Advertise with us now! Call +6017-3811899

Honda Civic EJ6 Spoon Sports

Sesiapa sahaja boleh membina jentera hebat yang diidamkan, namun harus ingat, untuk mendapat kepuasan 100% adalah perkara yang sangat menyukarkan. Lihat sahaja di laman-laman web ataupun Facebook mahupun Instagram yang banyak memeparkan pelbagai contoh hebat. Namun harus diingat, semuanya memerlukan modal yang kita sendiri boleh menilainya dengan mata kasar.

Berat mata memandang berat lagi memikul… Ya, nampak seperti mudah, tetapi kita kena ingat untuk melengkapkan sesebuah jentera yang diinginkan harus menempuh pelbagai racun yang berada di sekeliling kita. Pelbagai pilihan peralatan, alat ganti dan aksesori yang benar-benar akan membuat kita berasa tidak senang duduk.

Contoh yang amat baik sekali boleh dilihat melalui jentera utama yang dipaparkan pada kali ini. Sebuah Honda Civic EJ6 telah dilakukan transformasi menjadi sebuah Civic EK9 yang amat diidamkan oleh ramai penggemarnya di luar sana. Jika anda melihat jentera ini pasti akan kenal siapa sang pemiliknya.

Jentera ini telah dilengkapi dengan nadi K20A yang diambil terus dari DC Type R. Enjin yang digunakan ini tidak dibiarkan begitu sahaja, maka bermulalah proses naik taraf yang dapat membangkitkan lagi kuasa berbanding yang asalnya. Kepala silindernya telah melalui proses ‘port n polish’ bagi memberi lebih kelegaan kepada udara yang keluar masuk ke dalam ruangan kebuk pembakaran. Ia kemudiannya telah dipasangkan dengan aci sesondol Toda F Cam. Enjin ini turut dipasangkan dengan ‘oil pan’ dari Toda.

Dapat dilihat dengan jelas, banyak peralatan dari jenama Spoon turut digunakan pada enjin tersebut antaranya ‘plug cover’, penutup minyak enjin, penutup radiator, wayar ‘grounding’ serta yang paling menarik perhatian adalah bateri. Pegangan enjin pada badan jentera ini menjadi lebih mantap dengan pemakaian ‘mounting’ enjin dari Hasport keseluruhannya. Gas karbon yang hasil dari pembakaran dalam kebuk kemudiannya dihantar keluar melalui sistem saluran ekzos lengkap juga dari Spoon.

Kuasa yang dihasilkan kemudiannya dihantar ke bahagian roda melalui kotak gear yang dilengkapi dengan klac berprestasi tinggi Ogura Super Single. Kehebatan dan pelarasan kuasa tersebut turut dibantu dengan pemakaian ‘harness’ dari K-Tuned serta unit ecu Hondata K-Pro.

Untuk melaraskan kedudukan yang lebih stabil, jentera ini telah dipasangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras Aragosta Type-S HLSH keseluruhannya. Selain itu, keseluruhan cesi jentera ini juga turut diperkasakan lagi dengan penggunaan ‘upper arm’ dan‘lower arm’ dari Skunk 2, camber Hardrace serta bar depan dan bar ‘lower tie’ dari Spoon depan dan belakang. Bagi memberhentikan jentera ini dengan lebih cekap, pasangan kaliper Spoon Monoblock telah dipakaikan mengapit erat rotor Project Mu 2 piece berukuran 297mm di bahagian hadapan. Kit brek dari EK9 pula dipasangkan di bahagian belakang.

Ruang dalaman jentera ini juga telah disalin lengkap dengan segala perlatan dan aksesori milik Civic EK9. Bagi menampilkan konsep yang ingin diketengahkan, ruang dalaman jentera ini juga telah dipadankan bersama aksesori dari Spoon antaranya tempat duduk ‘bucket’ Kevlar, cluster meter, stereng, booskit dan tombol gear yang diikatkan pada ‘shifter’ K-Tuned. Beberapa bar yang turut dipasang di bahagian dalam jentera ini adalah ‘pillar side bar’ Cusco, ‘top fuel bar’ dan Do-Luck ‘roombar’ yang akan memastikan keadaan jentera ini benar-benar kukuh semasa kuasanya dipacu pada kadar maksima. Di papan pemukanya pula diletakkan dengan deretan meter Defi BF 3 beradik bagi pemantauan enjin.

Penampilan luar semestinya telah memaparkan ianya adalah sebuah EK9 keseluruhannya. Ditambah pula dengan beberapa peralatan Spoon seperti hood hadapan, cermin sisi dengan hydroglass, spoiler belakang dan pengelap cermin pastinya membuatkan jentera ini tampak lebih menyerlah dengan konsep yang dibawanya. Rim CE28 yang diikat kukuh dengan ‘lug nut’ juga dari Spoon serta dibaluti tayar Yokohama Advan Neova AD08R memastikan jentera ini lebih menyerlah keseluruhannya!

Kalau anda berani mencuba tak salah rasanya… Perlu tahu di sini, harga bateri Spoon pun boleh pengsan kalau nak beli.

 

Spesifikasi Shift!

Kereta : Honda Civic EJ6

Modifikasi Enjin : Enjin K20A Type R DC5, Toda F cam, Toda oil pan, Trust oil cooler, Spoon plug cover, Spoon oil cap, Spoon radiator cap, Spoon battery, Spoon grounding wire, Hasport mounting, Spoon N1 + B-pipe (exhaust)

Transmisi : Ogura Super Single clutch

Elektronik : K-Tuned harness, Hondata K-Pro

Suspensi & Cesi : Aragosta Type-S HLSH, Skunk2 upper arm, Hardrace camber, Skunk2 lower arm, Spoon bar front rear, Spoon lower tie bar front & rear

Sistem Brek : Spoon monoblock caliper, ProjectMu 2 piece rotor 297mm, EK9 (belakang)

Roda & Tayar : Rays CE28, Yokohama Advan Neova AD08R, Spoon lug nut

Dalaman : Spoon Kevlar full bucket seat, Spoon meter cluster, Spoon steering, custom titanium bolt steering, Spoon boss-kit, Spoon knob gear, Defi BF white, K-Tuned gear shifter, Cusco pillar side bar, top fuel bar, Do-Luck roombar

Luaran : EK9 99 bodypart, Spoon cf hood, Spoon cf sidemirror with hydroglass, Spoon cf spoiler, Spoon wiper