Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

Lagendary Status (Hakosuka’ & ‘Kenmeri’)

Ihsan dari Adam Zillin dari 7tune, kita dipertemukan dengan ‘Hakosuka’ & ‘Kenmeri’ yang merupakan jentera berstatus lagenda…

 

Apabila berbual mengenai topik spesifik berkenaan dengan Skyline, ramai diantara kita mengkagumi jentera buatan Nissan. Telah tampil dari satu generasi ke genarasi baru serta pelbagai versi ditampilkan bukan setakat dari Nissan sendiri malahan syarikat-syarikat tuner telah mengambil peluang ini untuk tampil mengambil kesempatan dari milikan potensi yang ada pada Skyline ini.

Dalam sejarah salasilah keluarga Skyline yang boleh dianggap sebagai ‘anak emas’ kepada syarikat Nissan, rata-rata entiti yang di cop dengan jenama Skyline ini bukan selalu dapat kita lihat aksinya di jalan raya. Dalam sehari, mungkin kita dipertemukan dengan sebuah dua model ini dijalanan, itupun bergantung kepada nasib. Skyline ini sebenarnya bukanlah terlalu ‘premium’ nilainya untuk dimiliki jika dibandingkan dengan kereta-kereta lain yang lebih berstatus mewah di jalanan tetapi kerap dilihat. Namun begitu, jika anda seorang yang memiliki sebuah jentera Skyline, anda adalah seorang yang bertuah!

Jika anda seorang peminat jentera berprestasi yang tegar, isu kali ini seharusnya dapat memberikan impak terhadap jiwa adrenalin anda. ini adalah kerana kami menampilkan 2 buah artis lagenda sebuah Nissan KPGC10 Coupe dan sebuah KPGC110 GT-R!

Hasil ihsan dari rakan media kami di Jepun iaitu Adam Zillin dari 7tune, kita mempunyai peluang yang hebat dipertemukan dengan gabungan dua buah jentera hebat yang terkenal dengan nama ‘Hokasuka’ yang merujuk kepada Nissan Skyline KPGC10 Coupe dan ‘Kenmeri’ yang merujuk kepada Nissan Skyline KPGC110 GTR. Saudara Adam sendiri beberapa kali mencubit pipinya tanda bahawa beliau berada di alam realiti bukannya mimpi atau fantasi. Mulanya, beliau berfikir bahawa peluang untuk bertemu dengan ‘Hokasuka’ dan ‘Kenmeri’ menjadi pudar tetapi nasib menyebelahinya. Apakah perasaan beliau sekiranya harta berharga ini menjadi miliknya.

 

Peluang itu hadir apabila Adam mendapat khabar berita bahawa jentera yang dibawa oleh Mr. Inoue San dari Star Road telah datang ke Hokkaido untuk menyelesaikan isu talaannya. Seharusnya peluang itu tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Hasilnya, perasaan keterujaan Adam telah berjaya diterjemahkan dalam Shift istimewa ini. Dilihat kepada gambar yang dilampirkan, model ini begitu mempersonakan umpama umpama bintang yang bersinar!

Sejujurnya, saya bukanlah begitu mahir untuk mengulas lebih mendalam untuk sebuah jentera lagenda ‘Hakosuka’ dan ‘Kenmeri’ ini. Jentera ‘Hakosuka’ ini telah lahir 2 dekad lebih awal dari hari kelahiran saya dan ‘kenmeri’ pula sekitar tahun 70-an. Waktu itu dimana saya? Masih belum dilahirkan! Maka dengan itu kebanyakkan fakta dan info diperolehi dari sumber pembacaan laman web. Bertemu dengannya jauh sekali apatah lagi untuk memandu jentera ini. Walau apapun alasanya, yang saya tahu bahawa ianya sebuah kereta yang hebat.

‘Hokasuka’ ini masih dikekalakan dalam keadaan asal, ianya telah dikuasakan oleh enjin S20 dengan teknologi 24 injap beserta transmisi 5 kelajuan manual cukup untuk menghamburkan kuasa 160 kuasa kuda. Shoji Inoue San sendiri telah menjalankan kerja-kerja baikpulih jentera ini agar kelihatan lebih kemas dan rapi. Jenama Star Road juga hakikat sebuah jenama yang cukup unggul dalam baik pulih jentera dengan status ‘lagenda’. Laman web automotif terkenal, Speedhunters juga mengikhtiraf kehebatan hasil kerja tangan Star Road.

Sementara si ‘Kenmeri’ yang merupakan kereta pelanggan Star Road pula telah siap menjalani proses restorasi penuh dengan beberapa perubahan dan yang paling ketara adalah mesin penggeraknya iaitu L28 dengan peningkatan kapasiti sehingga 3 liter dari proses ‘bore’ mampu memnghamburkan kuasa sehingga 310hp@7500 rpm. Tidak cukup dengan itu, proses ‘port n polish’ turut dijalankan terhadap bahagian kepala silinder enjin. Aci sesondolnya juga ditukar kepada durasi yang lebih tinggi kepada 75 darjah dengan  injap ambilan dan ekzos berukuran 45mm dan 36.5mm. komponen dalaman blok juga telah menempatkan piston dan rod yang lebih besar dan kukuh.

Larasan enjin pula menggunakan set karburetor Solex dengan diameter 44mm. Sistem ekzos ‘shakotan’ rekaan kustom Star Road telah membunyikan jentera ini mangalunkan irama deruman yang lebuh asyik dan syahdu. Bermula dengan paip ekzos ekstraktor 80mm sebelum menuju ke unit catalyser berukuran 70mm dan kembali 80mm selepas itu berakhir di perendam bunyi berukuran 90mm. Inilah ukuran terbaik untuk respond an tekanan dari kuasa enjin hasil teori pembelajaran di Star Road.

Inoue San yang gemarkan karektor kotak transmisi R32 manual 5 kelajuan telah memuatkan kotak tersebut kepada platform klasik Hakosuka ini. Tidak cukup dengan itu, kotak ini mendapat sokongan padu dari sistem klac plat berkembar dari OS-Giken.

Kedua jentera ini miliki gaya penampilan jentera dengan mengekalkan ciri-ciri klasiknya. Pemakaian set rim berbentuk bintang berukan 15x9J off-15 di bahagian hadapan dan 15x10J off-28 dibahagian belakang menyerlahkan lagi gaya sebuah bintang yang bersinar di era moden. Ruangan dalaman jentera ini diperhalusi dengan menyarung kulit mahal berkualiti tinggi termasuklah pada unit tempat duduk.

Ketelitian dalam membina jentera klasik seperti ‘Hakosuka’ dan ‘Kenmeri’ ini adalah tunjang dalam keputusan akhir seperti yang digambarkan ini. Minat dan kemahiran sahaja masih belum cukup untuk untuk menghasilkan produk akhir seperti ini. Semua semangat positif harus diadun sebati menjadi satu. Itulah yang pada Shoji Inoue San dan Star Road!

Dengan ini saya mengistiharkan bahawa paparan utama kali ini iaitu sebuah jentera paling hebat pernah saya temui. Sekian, terima kasih.

Teks: W@zid              Foto: Adam Zillin @ 7tune