Like this spot?Advertise with us now! Call +6012-653 5319

Speed Demon Motorville X Blackmailz Road to Tokyo Auto Salon

 

Hari 1

7 january 2018

Seperti yang dirancang, flight kami berangkat dari klia pada jam 8 pagi dan perjalanan kami mengambil masa selama 7 jam sebelum tiba di Osaka International Airport. Di sebabkan cuaca di sana cepat gelap, kami decide untuk terus ke apartment iaitu di daerah Yodogawa-ku, Osaka. Perjalanan dari Osaka International Airport mengambil masa sekitar satu jam dengan menaiki Shinkasen Bullet Train sebelum selamat sampai di apartment tersebut. Tanpa membuang masa, selesai checkin di apartment tersebut, kami meneruskan perjalanan kami ke Dontoburi untuk makan malam.

Dotonbori adalah salah satu destinasi pelancongan utama di Osaka, memandangkan penginapan kami di Osaka hanya selama 4 hari sahaja jadi masing2 tak mahu melepaskan peluangan untuk membeli belah dan berkunjung di tempat-tempat yang menarik di sekitar itu.

 

Hari 2

8 January 2018

 

Pada hari kedua di sini, kami merancang untuk pergi ke Kyoto untuk melawat sekitar kawasan tersebut. Orang tempatan di sini kata “The Heart of Japan is Kyoto’, jadi pada hari kedua kami adalah menghabiskan masa menjelajah sekitar Kyoto. Tetapi kita hanya merancang, sepanjang kami di sana hujan turun tidak berhenti dan memandangkan cuaca yang agak sejuk, kami hanya sempat ke beberapa kawasan iaitu salah satu nya ialah Fushimi Nari Shrine.

Di sini kami melihat pemandangan dan seni bina kuno Jepun yang masih kekal sehingga ke hari ini. Selain itu, kami ke Sagana Bamboo Grove yang merupakan kawasan hutan buluh yang terkenal di Kyoto. Selesai aktiviti kami di sini, kami terus ke salah satu kedai makan terkenal di Dotonbori iaitu Luke Lobster sebelum pulang ke apartment.

 

 

Hari 3

9 January 2018 (birthday saya! hahahahaha)

 

Memandangkan musim sejuk di Jepun adalah sekitar akhir disember hingga penghujung februari, jadi di sini kami memilih untuk tidak melepaskan peluang untuk merasai salji dan pengalaman bermain snowboard di Rokkosan Snow Park. Perjalanan kami hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Kami memilih tarikh 9 january adalah kerana pada tarikh tersebut merupakan ulangtahun kelahiran salah seorang dari kami yang ke 28 tahun. Untuk memenuhi hajatnya, kami juga turut serta dan menghabiskan masa selama 4 jam disitu dan alhamdulillah kami sempat merasai salji yang turun dengan lebat sepanjang menghabiskan aktiviti kami di situ. Selesai sudah, kami merancang untuk menghabiskan masa kami di Dotonbori dengan aktiviti membeli belah sebagai kenangan sebelum berangkat ke destinasi seterusnya.

 

 

 

 

Hari 4

10 January 2018

 

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Osaka sebelum berangkat ke Tokyo. Perjalanan mengambil masa 3jam dengan menaiki Shinkasen Bullet Train. Tibanya di Tokyo, kami terus ke apartment yang terletak di daerah Koto-ku, Tokyo. Selesai persiapan di apartment, kami terus ke Shibuya. Shibuya merupakan lokasi paling meriah untuk membeli belah dan duit poket anda akan cepat menipis jika berkunjung ke tempat ini. Shibuya juga terkenal dengan persimpangan paling sibuk di dunia iaitu “Shibuya Crossing’. Tiba nya disini, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan tidak pelik kerana bukan kami saja, malah di sini kita akan nampak ramai lagi pengujung-pengunjung membuat pelbagai aksi pelik untuk mengabdikan gambar masing-masing. Selesai makan malam di sebuah kedai makanan arab di sekitar kawasan itu, kami pulang ke apartment untuk beristirehat.

 

 

 

 

 

 

Hari 5

11 January 2018

 

Hari ke lima kami memilih untuk ke Jigokudani Monkey Park (Snow Monkey Resort). Di sini kami diberi peluang untuk melihat monyet-monyet di dalam hutan yang di kelilingi salji yang tebal. Kat sini bukan macam Malaysia boleh bagi makan sembarangan sebab monyet2 dekat sini agak buas. Dan keunikkan di sini, monyet2 tadi berendam di dalam kolam air panas kerana factor cuaca yang agak sejuk. Untuk melihat haiwan ini, kami perlu mendaki bukit, meredah hutan sepanjang 2km pergi dan balik. Hasilnya berbaloi kerana kami dapat menikmati keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan itu. Selepas seharian penat mendaki, kami menikmati makan malam di Halal Waghyu Yakiniku Panga tidak jauh dari tempat penginapan kami. Restoran ini sangat terkenal dikalangan pengunjung dan juga artis-artis dari Malaysia.

 

Hari 6

12 January 2018

 

Tsukiji Fish Market adalah pilihan hari keenam kami. Bukan jual ikan semata, tapi di sini bagi penggemar seafood boleh merasai pelbagai makanan laut yang di jual sepanjang Tsukiji Fish Market tersebut. Antaranya ialah ketam Alaska, oyster sebesar tapak tangan pun ada. Selesai di situ, kami meneruskan perjalanan ke ‘garage-garage’ kereta yang terkenal di Japan iaitu Seekers dan juga Spoon. Di Seekers kami dapat beramah mesra terus dengan pemilik dan pemandu kereta Seekers iaitu Teraoka Ryo sendiri. Di sana kami terserempak dengan Ifwat dari Race Plus dan group dari Automods Kuala Lumpur. Kami menghabiskan masa dua jam dengan membeli belah di Seekers. Selesai disitu, kami meneruskan perjalanan dgn berjalan kaki ke Spoon yang tidak jauh dari situ. Kebetulan pada hari trsebut, Spoon mengadakan Kanpachi Auto & Parts Salon 2018 kerena mereka tidak mengambil bahagian dalam pameran TAS tahun ini.

 

Di sana mereka menghidangkan kereta konsep Spoon dan yang paling istimewa adalah sebuah Honda FD Spoon Sport dari Amerika juga berada di jepun pada hari tersebut, V-Tec Turbo single seat full roll cage. Kami juga diberi peluang untuk merasai duduk dalam jentera tersebut. Seterusnya, kami dapat berjumpa sendiri dengan lagenda Honda merangkap pemilik Spoon iaitu Mr Tatsuru Ichishima. Beliau membawa kami ke tingkat dua dan memberi kami peluang untuk menghidupkan sendiri 3 buah kereta Honda Spoon, EK, EG dan EF. EF antara yang paling power masa tu, exhaust keluar tepi bawah pintu ada api pom pom! Hahahaha.

 

Kami juga tak lepas kan peluang bergambar bersama Mr Tatsuru dan kami mewakili peminat-peminat spoon mengajak beliau ke Malaysia nanti. Selesai di sana, kami ke Street Kart Tokyo Bay. Ini adalah aktiviti yang telah kami rancang dari Malaysia lagi. Kami ingin merasai sendiri pengalaman memandu Maricar (go-karting) di kawasan bandar Tokyo sendiri. Kelainan di sini, kami disediakan kostum dari pelbagai  jenis karektor  seperti Mario, Superman dan bermacam-macam lagi.

Pengalaman memandu go-kart pusing keliling bandar Tokyo adalah pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan. Syarat utama untuk memandu Maricar, anda perlu membuat International Driving Permit dari Malaysia yang menelan kos sebanyak Rm150 seorang dan memandu Maricar di kawasan bandar mengambil masa 2 jam dan kosnya adalah Rm270 sahaja seorang.

 

 

Hari 7

13 January 2018

Maka aktiviti tahunan yang paling di tunggu-tunggu pun bermulaaaaaaa. Kami keluar rumah seawal 7pagi. Perjalanan ke Tokyo Auto Salon mengambil masa 1 ½ jam dari tempat penginapan kami. Kemeriahan sudah dirasai dari station keretepi Chiba lagi. Setiap pengunjung dikenakan bayaran 2000yen (Rm80) seorang. Ramai gila orang mula berkumpul di situ. Banyak petunjuk arah disediakan, confirm tak sesat. Kehangatan event tersebut melampaui kesejukkan cuaca disana. Kami memulakan lawatan dari hall 11 kerana ia merupakan hall yang paling dekat. Kebanyakkan hall 10 dan 11 adalah tertumpu kepada local JDM custom. Top Secret dan Hard Tune yang baru join tahun ini juga turut serta dalam hall tersebut. Setiap satu hall mengambil masa anggaran satu jam. Pelbagai pameran kereta yang baru siap di custom pada tahun 2017 juga turut serta. Barang-barang merchandise yang susah dapat boleh di dapatkan di sini dengan harga promosi. Setelah selesai hall 10 dan 11 kami berpindah ke hall 1-9 di bangunan berasingan. Hall ini berkumpul nya international brand seperti Toyota, Honda, Suzuki, Mitshubishi, Daihatsu, Nissan dan lain lain. Mereka juga bawa turun racing product seperti Mugen, TRD, Suzuki Sport, Rally Art, Nismo dan lain lain. Nama-nama besar barang after market di jepun juga berada di TAS. Seperti Bride, Recaro, Sparco, Tien, Rays, JS Racing dan lain-lain. Liberty Walk membawa turun semua kereta konsep mereka dan yang paling istimewa Lamborghini Miura Liberty Walk. Booth mereka antara yang paling besar tahun ini.

 

Toyota Gazoo membawa turun konsep racing car yang terbaru. Pada tahun ini Suzuki Sport baru akan dapat paling banyak barang after market kerana mereka banyak hasilkan kustom barang untuk Suzuki swift baru. So sesiapa yang main Suzuki swift baru tahun ni banyak barang baik menanti anda. Honda Civic fk8 Mugen paling mencuri tumpuan sebab kali pertama di pamerkan kepada umum pada hari tersebut sebab fk8 kan tahun ni paling hype. Tidak lupa juga nismo yang membawa turun R35 Nismo Concept yang harga melebihi setengah juta. Tahun ini juga mereka memperkenalkan banyak kereta elektrik yang comel-comel.

 

 

 

Yang paling win kereta elektrik dari Daihatsu dan juga Honda Urban EV Concept. Di TAS ni juga adalah waktu paling sesuai untuk anda membeli barangan JDM  untuk kereta anda, bagi pengimport barang JDM anda boleh ambil peluang ini untuk mendapatkan contact bagi brand2 JDM yang banyak permintaan. Sambil menyelam minum air, tengok model kereta tengok sekali model-model jepun yang diri sebelah kereta ada yang local ada yang import juga. Kalau sekali model keluar penuh photographer dekat booth tu termasuk abang Jas. Jadi kalau nak ambil gambar kereta yang dengan detail kena tunggu tiada modelnya. Bila line line clear baru kami dapat bermesra dengan Masterpiece dari Kei Miura Pandem Honda Civic Eg yang sangat kecoh kemunculannya sebelum TAS2018 hingga kini masih hangat diperkatakan.

 

Bagi peminat Tomica, masa ni juga mereka akan mengeleluarkan tomica TAS Edition tapi siapa cepat dia dapat sebelum tengah hari dah habis. Kalau nak cerita satu satu brand memang banyak sangat. Kami habiskan masa dari 8 pagi sampai tutup jam 7 petang, kaki lenguh bahu pun dah nak roboh bag penuh barang JDM. Bayangkan satu hall dia sama besar dengan PWTC kita. Punya seronok sampai lupa penat, ada lagi satu keseronokkan iaitu bila kereta dari dalam hall dan pengunjung yang membawa kereta JDM beransur pulang sambil belanje bunyi kereta masing-masing. Kita yang naik train ni tengok jela dari tepi jalan hahahaha. Walaupun penat kami teruskan perjalanan pulang dengan perut yang lapar tapi dengan 1001 memori yang tidak dapat dilupakan semasa berada di Tokyo Auto Salon 2018.

 

Hari 8

14 January 2018

 

Setelah beberapa hari kami dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, pada hari kelapan ini kami memilih untuk membuat aktiviti bebas. Kami tidak terikat dengan sembarang aktiviti Cuma menghabiskan masa berjalan-jalan sekitar Tokyo, membeli belah di Shibuya, dan sekali lagi makan malam di Halal Wagyu Yakiniku Panga sebelum pulang ke apartment.

 

Hari 9

15 January 2018

Hari ini merupakan hari terakhir kami sebelum berangkat pulang ke tanah air. Selesai sarapan pagi, kami ke Autobacs untuk mencari beberapa barang untuk bawa pulang ke Malaysia. Untuk penggemar permotoran, di sini pelbagai jenis aksesori kereta anda boleh dapati. Tidak perlu risau kalau bag dah tak muat sebab di sini mereka boleh menguruskan proses pengeposan terus ke Malaysia. Seharian kami di sini, selesai makan malam kami pulang ke apartment untuk persiapan pulang ke Malaysia pada keesokkan hari.

 

Hari 10

16 January 2018

Flight kami berlepas dari Narita International Airport ke Klia pada jam 10am. Oleh itu, kami menunggu kenderaan kami sampai di apartment seawal jam 6 pagi dan berangkat ke airport untuk pulang ke tanah air.

 

Teks : Eleena Ismail             Foto : Jas@Blackmailz, Alan Fernando, Ridzuan Mohidin, Shela